ZAHASMI ISMAIL (kiri) terpaksa mengadakan perlawanan persahabatan menentang Hanelang FC untuk Kelantan petang ini bagi memastikan pemain-pemainnya tidak kehilangan momentum selepas pertemuan dengan JDT ditunda.
KOTA BHARU 2 Feb. - Zahasmi Ismail terpaksa mengubah perancangan dengan Kelantan akan bermain dalam perlawanan persahabatan berikutan pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu ini ditangguhkan untuk memberi laluan kepada Harimau Selatan mengharungi pusingan kelayakkan Liga Juara-juara Asia (ACL).
Jurulatih The Red Warriors (TRW) itu berkata, perancangan baharu terpaksa dilakukan untuk mengelakkan barisan pemain The Red Warriors (TRW) kehilangan momentum selepas terpaksa ‘berehat’ kali kedua apabila pertemuan dengan Melaka United sebelum ini ditangguhkan akibat cuaca buruk.
Menurutnya, satu perlawanan menentang pasukan Piala FAM, Hanelang FC telah diatur sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan selepas ini.
“Saya menerima perkara ini dengan hati terbuka walaupun sedikit kecewa. Harapan saya agar pemain terus fokus dan tidak tertanggu dengan apa yang berlaku ketika ini.
“Apa yang penting, pemain perlu kekal cergas kerana kita akan berdepan Felda United pada 11 Febuari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ini merupakan kali kedua perlawanan melibatkan Kelantan terpaksa ditunda setelah perlawanan dengan Melaka United pada 21 Januari lalu ditangguh akibat hujan lebat.
Tarikh baharu untuk perlawanan Kelantan menentang JDT masih belum diputuskan.
Dalam pada itu, Zahasmi mengakui penundaan pertemuan itu menjejaskan persiapan TRW untuk menghadapi saingan liga selepas ini.
“Saya akui pemain sedikit hampa dengan penundaan perlawanan ini kerana mereka sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan juara Liga Super musim lalu itu.
“Namun begitu, ruang yang ada ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyediakan ramuan terbaik menghadapi persaingan selepas ini,” ujarnya.
SUMBER : UTUSAN