RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 8 Februari 2017

Pada saya ia adalah satu pencapaian yang besar dan saya amat berbangga - TMJ

KUALA LUMPUR: Walaupun tewas kepada Gamba Osaka sebentar tadi, kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke play off Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, ia adalah satu kejayaan besar buat bola sepak negara dan wajar dibanggakan.


Pemilik kelab JDT merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan ia adalah satu penghormatan untuk berada di pusingan itu selama tiga tahun berturut-turut. TUNKU Ismail Sultan Ibrahim. - Foto emel

"Gamba Osaka adalah pasukan nombor lima di Asia dan pada saya, melihat JDT bermain dengan pasukan yang lebih baik, hebat, ianya satu kegembiraan dan penghormatan serta saya berbangga melihat JDT.

"Pada saya ia adalah satu pencapaian yang besar dan saya amat berbangga. Terima kasih kepada penyokong atas segala sokongan, terima kasih juga kepada pihak pengurusan kelab.

"Kita dapat melihat bahawa kelab ini sedang menuju ke arah yang betul," katanya menerusi akaun Facebook rasmi JDT iaitu Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Dalam masa sama, Tunku Ismail merasakan Harimau Selatan kini semakin hampir untuk ke saingan ACL. Katanya, peningkatan dipamerkan sejak kebelakangan ini membuktikan JDT mampu untuk meraih kejayaan.

"Dulu, kami cuba untuk berada di dalam Piala AFC, setiap tahun kami berusaha melayakkan diri dalam pusingan kelayakan ACL dan setiap tahun kami semakin hampir.

Tahun pertama kami tewas 3-0 bermain dalam pusingan kelayakan.

"Tahun kedua kami kalah dengan penalti. Tahun ini kami berada dalam perlawanan penentuan ACL menentang Gamba Osaka. Kami dapat melihat bahawa kami semakin dekat dan rapat, dan bagi saya itu adalah perkara yang sangat positif buat kelab."


Sumber : BERITA HARIAN