RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!
Khamis, 9 Februari 2017
Annuar mahu bantu Mat Tere
Kota Bharu: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa akan membantu seorang lelaki yang ditahan atas kesalahan menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Katanya, apa jua pertolongan akan diberikan bagi membantu 'insan istimewa' itu termasuk peguam.
"Semua tahu Mat atau nama sebenarnya, Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, adalah insan istimewa dan janganlah sesiapa mengambil kesempatan dengan keadaannya itu.
"Dia (Mat) itu lurus selurusnya, Allah takdirkan keadaannya begitu. Dia tetap mulia di sisi Allah," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
Semalam, Mat atau lebih dikenali sebagai Mat Tere ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada jam 3 petang.
Tangkapan itu dilakukan susulan laporan berkaitan dengan penyebaran video menerusi Facebook (FB) sejak kelmarin yang menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan perkataan jelik kepada TMJ.
Annuar berkata, walaupun keadaannya begitu, Mat tetap kawannya dan rakyat Parlimen Ketereh.
"Semoga Allah memudahkan urusan Mat dan kepada mereka yang terbabit bertindaklah dengan mata hati," katanya.
Sumber : BERITA HARIAN