Pengarah urusannya, Faeez Asry Yusof berkata, berharga serendah RM69.90, jersi itu akan mula berada di pasaran mulai pertengahan bulan depan dan langkah itu diambil sebagai menghargai sokongan padu penyokong.

Di samping itu, katanya, Kobert selaku penaja utama turut menurunkan harga jersi versi pemain yang asalnya berharga RM149.90 kepada RM129.90 sehelai.

“Kami juga mengambil kira saranan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkaitan harga jersi.

“Dengan adanya jersi versi re­plika yang lebih murah ini diharap dapat memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk mendapatkan jersi asli daripada Kobert,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sehubungan itu, Faeez Asry berkata, orang ramai yang berminat boleh mendapatkan jersi berkenaan di Kobert Concept Store yang terletak di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan Al-Ikhsan seluruh Terengganu.

Katanya, menerusi kerjasama dengan Al-Ikhsan itu, kesemua produk jersi berkenaan akan turut berada di kedai pakaian sukan di Lembah Klang.

Beliau memberitahu, penghasilan jersi versi pemain dibuat menggunakan teknologi terkini untuk memberi lebih keselesaan pemain.

“Teknologi ini menggunakan material yang memang berkualiti tinggi, ringan, membantu mengeluarkan bahang serta membantu penyejatan peluh dengan lebih cepat,” katanya.


sumber : utusan