Piala Asia
Ketiga-tiga pasukan yang ber­ada dalam Kumpulan B bersama skuad Malaysia memiliki ranking dunia lebih baik berbanding pa­sukan negara yang kini menghuni ranking 161, manakala Korea Utara (125), Hong Kong (140) dan Lebanon (148).

Skuad kebangsaan bakal mengharungi ­ujian pertama dalam saingan kumpulan B menentang Korea Utara di tempat lawan pada 28 Mac nanti, yang mana kempen kelayakan itu berformat liga berkumpulan timbal balik yang bermula 28 Mac nanti hingga 27 Mac 2018.

Sekiranya mahu menempah tiket ke pusingan akhir, skuad negara perlu menamatkan peringkat kumpulan di kedudukan dua terbaik sama ada menjadi juara kumpulan atau naib juara bagi mengisi dua belas slot yang ditawarkan.

Dua belas slot pusingan akhir Piala Asia 2019 juga di Abu Dhabi sudah pun ditempah oleh tuan rumah selain juara bertahan, Australia, China, Iraq, Iran, Jepun, Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi, Syria, Thailand dan Uzbekistan yang turut akan terus bertarung bagi tiket pusingan akhir Piala Dunia Rusia 2018. - UTUSAN ONLINE

sumber : utusan