RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 24 Januari 2017

Andik terkejut tidak berada dalam senarai skuad Selangor


ANDIK terkejut bila mendapat berita bahawa namanya tidak berada dalam senarai terkini skuad Selangor bagi mengharungi siangan Liga Super musim ini.



PEMAIN import dari Indonesia, Andik Vermansyah mengakui ‘keliru’ dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas mendapati namanya tidak berada dalam senarai akhir skuad Selangor untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah menerusi pengendalinya, P. Maniam membuat kejutan apabila mengumumkan dua import terakhir iaitu pemain penyerang dari Romania, Victor Astafei dan pemain dari Timor Leste, Juliano Mineiro Fernandes yang akan memegang slot pemain import Asia.
Menurut Andik, kesetiaannya untuk menyarung jersi Merah Kuning tidak berbelah bahagi, malah telah menolak beberapa tawaran daripada pasukan besar di Indonesia dan Malaysia yang ‘dahagakan’ sentuhannya sebelum ini.
“Jika benar mereka (Selangor) sudah melengkapkan kuota import mereka musim ini, saya sangat kecewa kerana saya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada FAS. Saya telah mencurahkan bakti sepanjang hampir tiga tahun di sini kerana Selangor umpama negeri kelahiran saya sendiri.
“Saya sudah berbuat baik sepanjang berkhidmat di sana dan menolak beberapa tawaran daripada kelab bola sepak di Malaysia dan Indonesia kerana saya mahu berbakti di bumi Selangor. Justeru, mereka tidak profesional. Jika khabar tersebut benar, ia sesuatu yang sangat mengecewakan. Begitupun, ketika ini masih belum ada hitam putih,” kata Andik ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ketika ini, pemain berusia 26 tahun kelahiran Jember, Indonesia itu dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan lutut susulan kecederaan ketika membantu skuad kebangsaan Indonesia pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2016 dan difahamkan terpaksa direhatkan selama hampir tiga bulan.
Dalam perkembangan sama, dua ‘senjata’ baharu Selangor hadir pada sesi latihan semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat import skuad Gergasi Merah yang sebelum ini mengekalkan khidmat pemain pertahanan Itali, Ugo Ukah dan bekas penyerang Felda United, Francis Forkey Doe.
Difahamkan, Juliano yang merupakan bekas pemain Fluminense akan mengisi slot kuota Asia selepas mendapat kerakyatan Timor Leste meskipun pernah mewakili skuad Bawah 17 Tahun (B-17) negara kelahirannya iaitu Brazil sebelum ini.
Maniam yang masih segar dengan kejayaan menewaskan Pulau Pinang minggu lepas tidak menolak kemungkinan akan menurunkan kedua-dua pemain import itu menjelang aksi menentang Melaka United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat ini.
“Mereka baru sahaja menyertai pasukan dan peluang untuk diletakkan dalam kesebelasan utama bergantung pada sesi latihan yang dijalankan minggu ini. Saya harap mereka tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dan dapat bersedia sepenuhnya untuk diturunkan pada aksi bertemu Melaka nanti,” katanya.

SUMBER : KOSMO