RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 8 Januari 2017

7 PERKARA PENTING JIKA KE PULAU PERHENTIAN

Antara kawasan scuba diving, snorkelling dan berenang

Pulau ini dinamakan Pulau Perhentian kerana dijadikan tempat persinggahan dan kini sudah menjadi tempat pelancongan yang sangat popular di Malaysia. Selain itu, Pulau Perhentian terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.


TIP KE PULAU PERHENTIAN 


Di sini juga, saya ingin kongsikan beberapa tips apabila anda mahu ke Pulau Perhentian.

  • Pertama :  Survey agent atau bergerak sendiri itu terpulang kepada anda. Ikut bajet sendiri tetapi jangan mudah tertipu dengan harga yang murah. Seeloknya tanya dahulu dan teliti apa yang anda dapat untuk pakej tersebut seperti tempat tinggal, makan minum disediakan atau tidak dan lawatan boat.
  • Kedua : Sediakan pakaian yang secukupnya dan tidak perlu terlalu banyak kecuali anda nak jadi orang pulau bertahun-tahun.
  • Ketiga : Rancang masa dan perjalanan anda dengan betul untuk mengelakkan perkara tidak dingini berlaku seperti keadaan cuaca dan ombak laut.
  • Keempat : Bawa alatan yang penting seperti kamera (selfie dengan ikan dan kucing), makanan, minuman, ubat-ubatan jika berlaku kecemasan sebab disana susah nak klinik dan sebagainya.
  • Kelima : Pastikan anda menjaga adap tingkah laku dan keselamatan diri ketika berada di tempat orang, hormati orang sana dan jangan bawa budaya luar ke pulau.
  • Keenam : Snorkeling adalah aktiviti utama sekali apabila tiba di Pulau Perhentian. Bagi yang belum ada pengalaman, dinasihatkan anda perlulah turun ke laut untuk biasakan diri dengan persekitaran ombak laut dan menikmati hidupan laut dan berhati-hati ketika di laut.
  • Ketujuh : Semasa snorkelling juga, kebiasaannya divers ada sediakan servis ambil gambar dan hendaklah sediakan wang secukupnya. Sekiranya anda berminat bolehlah beritahu mereka