RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 4 Januari 2016

Inilah Gaji Yang Pernah Diminta Dickson Nwakaeme Dari Pasukan Pahang Sebelum Berpindah ke Angers FC


DICKSON Nwakaeme. - Foto Luqman Hakim Zubir
KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengakui pernah cuba mendapatkan khidmat Dickson Nwakaeme untuk memperkuatkan jentera skuad Penyu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016.
Begitupun, permintaan gaji tinggi melebihi RM400,000 sebulan (AS$100,000) menyebabkan PBSNT membuat keputusan melupakan hasrat memancing pemain kelahiran Nigeria yang juga bekas penyerang Kelantan dan Pahang itu.
Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman, berkata memang sebelum ini Nwakaeme antara calon dicadangkan kepada skuad Penyu sebagai pengganti Paulo Rangel, musim 2016
Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan dengan ejen dan Nwakaeme, namun disebabkan permintaan gaji yang tinggi memaksa melupakan hasrat mendapatkannya.
"Sebelum ini memang nama Nwakaeme berada dalam radar sebagai pemain import keempat Terengganu mengisi kekosongan Rangel yang menamatkan kontrak.
"Begitupun, selepas rundingan dibuat, mereka meminta gaji melebihi RM400,000 sebulan dan ia di luar kemampuan persatuan mendapatkan khidmatnya," katanya.
Ditanya mengenai pencarian awang import keempat, Arpin berkata pihaknya kini masih tercari-cari pemain sesuai untuk mengisi kekosongan itu.
Katanya, pihaknya juga lebih berhati-hati dalam pengambilan pemain import dan sebab itu tidak mahu terburu-buru mengambilnya.
"Kali ini, kita memandang serius dalam pemilihan awang import keempat. Malah, kita yakin akan membawa masuk pemain yang mampu membantu dan memberi sumbangan kepada pasukan dalam usaha mencipta kejayaan musim ini," katanya.

Sumber : BERITA HARIAN