Jurassic World merupakan salah satu filem paling banyak dimuat turun secara haram bagi tahun 2015. - Gambar fail
BILANGAN filem yang dicetak rompak atas talian pada tahun 2015 menyaksikan peningkatan mendadak berbanding tahun sebelumnya, laporVariety.
Menurut firma pengesan cetak rompak, Excipio yang mengesan aktiviti muat turun haram sehingga 25 Disember tahun ini, kesemua filem yang paling banyak dimuat turun menggunakan perisian torrentmerupakan filem pecah panggung.
Tiga tangga teratas misalnya dihuni oleh Furious 7,Avengers: Age of Ultron, dan Jurassic World.
Namun sekiranya tahun terbitan tidak diambil kira, filem yang paling banyak dimuat turun secara haram tahun ini merupakan Interstellar yang diterbitkan pada tahun 2014.
Hal ini sama seperti tahun 2014 apabila filem yang paling kerap dicetak rompak merupakan Wolf of Wall Street, terbitan 2013.
Firma tersebut turut mendedahkan peningkatan mendadak dalam aktiviti muat turun filem secara haram.Wolf of Wall Street misalnya mencatat 30 juta muat turun berbanding Interstellar yang mencecah 47 juta muat turun, iaitu peningkatan sebanyak 55 peratus.
Menurut Excipio, peningkatan ini menggambarkan aktiviti cetak rompak yang masih gagal dibendung di seluruh dunia dan peningkatan penggunaan Internet di pasaran negara membangun seperti Brazil.
Berikut merupakan 10 filem yang paling banyak dimuat turun secara haram bagi tahun 2015:
01) Interstellar (2014), 46,762,310
02) Furious 7 (2015), 44,794,877
03) Avengers: Age of Ultron (2015), 41,594,159
04) Jurassic World (2015), 36,881,763
05) Mad Max: Fury Road (2015), 36,443,244
06) American Sniper (2014), 33,953,737
08) The Hobbit: Battle Of The Five Armys (2014), 31,574,872
09) Terminator: Genisys (2015), 31,001,480
10) The Secret Service (2014), 30,922,987