RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 10 Ogos 2017

[VIDEO] : Selepas Sesi Forum Face Off, TSAM Tiada Niat Mahu Berpolemik Dengan TMJ


PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, beliau tiada niat untuk mencari gaduh dengan mana-mana pihak berkaitan kenyataan beliau mengenai Kafa sebelum ini, lapor MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID.

Annuar berkata, kenyataan mengenai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) cuba membunuh Kafa yang dikeluarkannya sebelum ini bukanlah dimaksudkan secara sengaja.

Sebaliknya, beliau menyifatkan hukuman yang dikenakan FAM dan FMLLP kepada Kafa secara tidak langsung boleh membawa implikasi kepada terkuburnya persatuan itu.
Beliau turut mengakui masalah yang dihadapi Kafa datangnya daripada kelemahan mereka sendiri.

"Saya tiada hasrat untuk ada polemik dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) atau sesiapa sahaja. Cuma mungkin saya perlu perjelaskan yang saya tidak maksudkan FAM dan FMLLP dengan sengaja mahu membunuh kami.

"Soal tiada duit ini memang masalah kami, saya tidak mempertikai mengenai perkara itu, cuma saya menjangkakan bila kami ada masalah, badan induk boleh bersama-sama mencari jalan untuk bantu kami.

"Ya, dengan memberi hukuman memang salah satu cara untuk menyelesaikan masalah, tapi cuba fikir balik, adakah dengan cara potong mata itu masalah kami selesai?

"Adakah dikenakan sekatan pendaftaran pemain kami boleh bayar hutang? Itu tak berlaku, sebaliknya nasib kami bertambah buruk. Ada pemain yang bagus kena jual. Bila dah jual dapat duit kami tak boleh daftar pemain baharu dan prestasi pasukan semakin merudum. Ini yang terpaksa Kafa tanggung," ujarnya.



Katanya, soal tiada duit dalam persatuan bukan masalah yang sengaja direka-reka, sebaliknya masalah itu benar-benar wujud dalam Kafa.
Ujarnya, soal tunggakan gaji memang benar-benar terjadi dalam Kafa, namun baginya itu bukan suatu masalah yang perlu diperbesarkan memandangkan banyak pasukan lain turut hadapi masalah sama.

Annuar turut mendakwa, disebabkan sekatan pendaftaran yang dikenakan terhadap Kafa, kewangan Kafa semakin terjejas kerana perlu membayar gaji pemain yang tidak dapat didaftarkan iaitu Seydi L'Imam.

"Bila FMLLP kata Imam tak boleh didaftarkan kerana mahu Kafa berjimat, itu adalah salah sama sekali. Realitinya mereka menambah beban kami.

"Ikut pemahaman saya, bila Presiden FAM sendiri mahu beli pemain terbaik kami, maka sudah tentulah kami boleh ganti tempatnya dengan pemain baharu. Tiba-tiba bila kita nak ganti, mereka kata tak boleh sedangkan kami sudah menandatangani kontrak dengan pemain itu.


"Jadi mahu atau tidak, kami tetap perlu membayar gajinya setiap bulan. Jadi di mana kami boleh berjimat?," soalnya.


Sumber : SINAR TV / SINAR HARIAN