RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 11 Julai 2017

Tewas Kepada Melaka, Bukan Bermakna Danso Berputus Asa!


Pemain pertahanan Kelantan, Mamadou Danso, tidak mahu insiden di Melaka Sabtu lalu berulang apabila bakal berkunjung ke Terengganu menentang pasukan T-Team dalam aksi Liga Super, malam ini.

Kekalahan kepada Melaka United 3-0 dalam aksi Piala Malaysia nyata memberi pengajaran berguna buat skuad The Red Warriors (TRW).  

Sehubungan itu, Danso mahu rakan sepasukan bangkit dan segera melupakan kekecewaan di Stadium Hang Jebat itu. 

Di atas kertas, Kelantan masih mempunyai rekod yang lebih baik berbanding T-Team -- daripada 14 perlawanan, Kelantan menjaringkan 26 gol dan hanya bolos 23 kali manakala T-Team pula menjaringkan 21 gol dan bolos 25 kali.

Statistik itu memberi satu kelegaan buat pemain TRW selain pertemuan pada Mac lalu mereka menang besar 4-2 ke atas T-Team dalam pusingan pertama Liga Super.

"Urusan seperti biasa, kalah satu perlawanan bukan bermakna kami menundukkan kepala (berputus asa). 

"Kami tahu ia adalah perlawanan jiran tetangga Pantai Timur, setiap kali pertemuan setempat akan memberi motivasi kepada pemain. Kami menunggu perlawanan ini,"
katanya.

Biarpun masih dihimpit dengan isu pemotongan tiga mata oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), barisan pemain Kelantan masih menunjukkan komitmen tinggi bagi memastikan skuad itu terus memberi cabaran dalam Liga Super.

Jurulatihnya, Zahasmi Ismail, kini bergandingan dengan Pengarah Teknikal, Alfredo Gonzales, untuk merencanakan formasi terbaik agar mampu meraih tiga mata di Terengganu, malam ini.

"Dalam saingan Piala Malaysia (kalah kepada Melaka) ia satu pengajaran untuk kami. 

"Bagi saya ini (menentang T-Team) adalah kebangkitan untuk pemain meneruskan cabaran dalam Liga Super. Perlawanan dengan Melaka itu menjadi iktibar kepada kami,"
katanya.


Sumber : STADIUM ASTRO