RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 6 Julai 2017

Respon Penuh TSAM Mengenai KAFA Berang Sikap Bisu FMLLP & Akui Terpedaya Pihak Tertentu Jika Jual Ghaddar

Melalui status terkini facebook Tan Sri Annuar Musa memberi respon mengenai KAFA berang dengan sikap 'MEMBISU' FMLLP.

Antaranya Beliau mendedahkan bahawa beliau terpedaya dengan pihak tertentu jika Kelantan FA menjual Ghaddar, mereka dapat beli pemain baru tetapi KAFA tidak tahu apabila sekatan mendaftar pemain baru tetap dikenakan keatas Kelantan.

Tambah Annuar Musa lagi, Jika beliau mengetahui Sekatan Mendaftar Pemain Baru tetap dikenakan keatas pasukan Kelantan, Annuar Musa tidak akan jual dan pinjam pemain kepada pasukan lain.

Jelas Tan Sri Annuar Musa lagi, Beliau merasa hairan dengan FMLLP walaupun pendaftaran seydi imam dibatalkan FMLLP namun FMLLP mendaftar semula pemain tersebut sekaligus memberi masalah buat KAFA yang terpaksa menanggung beban gaji Celin dan Seydi Imam yang disekat perpindahan.

Tindakan FMLLP tersebut seolah-olah merupakan penganiayaan buat pasukan Kelantan terutama buat penaja Kelantan yang berhempas pulas membantu pasukan Kelantan sekaligus menghidupkan suasana Liga Malaysia

Inilah Komen Penuh Tan Sri Annuar Musa melalui facebook beliau :

"KAFA tak perlu berang.Teruskan Rayuan dgn FAKTA YG CUKUP.

"Saya terpedaya dengan TEXT MESSAGE pihak tertentu kononnya SEKIRANYA KITA SETUJU GHADDAR BERPINDAH,bayaran yg di kira lumayan bolehlah KAFA membeli pemain lain.WAKTU ITU SAYA LANGSUNG TAK TAHU KITA SUDAH TERTAKLUK KPD SEKATAN MENDAFTAR PEMAIN BARU.Kiranya kita tahu kita tidak pindahkan dan loankan pemain kita kpd team lain.. 

"Rancangan asal ialah UTK MENGGANTIKAN SEORANG PEMAIN IMPOT YG TIDAK CERGAS DAN BERPRESTASI RENDAH YG MANA NOTIS PENAMATAN KONTRAK SUDAH DI PUTUSKAN BULAN APRIL LAGI....

"Yg anihnya pemain tersebut sudah di batal pendaftarannya oleh FMLLLP,tp bila kita pohon daftar IMAM menggantikannya,FMLLP MENDAFTAR SEMULA PEMAIN TERSEBUT MENYEBABKAN KAFA TERPAKSA MEMIKUL BEBAN GAJI KEDUA DUA PEMAIN BERKENAAN DI SAMPING DI PAKSA BERMAIN DGN PEMAIN YG KITA TAHU BERPRESTASI RENDAH..

"Hal ini yg perlu FMLLLP TIMBANG SEMULA DAN JGN MENGANIYAI KAFA SETELAH KAFA DAN KAMI PENAJA BERHEMPAS PULAS MEMBANTU MENGHIDUPKAN LIGA MSIA.

"Kenapa mesti pasukan Kelantan di layan buruk oleh FAM DAN FMLLP.Kelantan dan penggiat bolasepak kelantan telah byk menyimbang kpd individu dan FAM.

"Yg kita perlukan ialah KEADILAN DAN KEPUTUSAN YG TERTIB,JELAS DAN SAKSAMA...tidak lebih dari itu"

- Facebook Tan Sri Annuar Musa