RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 6 Julai 2017

KAFA Tidak Tahu Dokumen Apa Lagi FMLLP Perlukan, Sikap Bisu FMLLP Banyak Menyusahkan KAFA


Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) jelas kecewa terhadap sikap membisu Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) berhubung status pendaftaran import baru mereka, Seydi L Imam.
Sehingga kini, KAFA belum menerima sebarang maklumat daripada pengendali liga bola sepak negara itu walaupun surat rayuan untuk mendapatkan khidmat Seydi sudah dihantar 21 Jun lalu.
Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata, pihaknya pelik dengan sikap berdiam diri FMLLP sehingga menimbulkan persoalan sama ada rayuan itu diterima atau sebaliknya.
Menurutnya, KAFA termasuk beliau sendiri pernah bercakap dengan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam yang berjanji akan memberi jawapan segera.
“Sehingga kini, tiada sebarang jawapan daripada FMLLP. Hari ini, saya akan hantar surat rayuan kali kedua bagi mendapatkan jawapan dan alasan daripada mereka berhubung surat rayuan pertama.
“(Tindakan) mereka banyak menyusahkan KAFA. Kami sekarang memelihara Alessandro Celin yang ‘sakit’ dan pada masa sama tidak berani menamatkan kontraknya disebabkan masih menunggu keputusan FMLLP berhubung status Seydi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik tamat perlawanan Kelantan bertemu UiTM FC, malam kelmarin sebelum melihat bas baru The Red Warriors (TRW) bernilai RM600,000 yang ditaja Konsortium E-Mutiara.
Terdahulu, hasrat Kelantan bagi mendapatkan khidmat pemain kelahiran Perancis itu terbantut selepas pendaftaran Seydi tidak diluluskan FMLLP lantaran masih ada syarat yang belum dipenuhi KAFA.
Jika FMLLP masih mengekalkan sekatan perpindahan Seydi, bermakna KAFA terpaksa menampung gaji Celin dan Seydi sekali gus bakal memberi impak buruk kepada pasukan.
“Kami harap FMLLP telus dalam menyelesaikan masalah ini. Kami tidak tahu apa lagi dokumen yang mereka perlukan,” katanya.

Sumber : METRO