RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 7 Julai 2017

RAYUAN KEDUA KAFA DITOLAK FMLLP?


RAYUAN KEDUA KAFA DITOLAK FMLLP?

Dikhabarkan merujuk info ditemui dihalaman facebook Kelab Scoreboard SSMIV, FMLLP Kevin Ramalinggam dikatakan sudah memberi jawapan mengenai rayuan kali kedua KAFA untuk mendaftarkan Seydi Imam.

Rayuan kali kedua KAFA tersebut ditolak Kevin Ramalinggam kerana KAFA masih gagal memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pihak FMLLP untuk proses pendaftaran Liga Malaysia 2017.

FMLLP juga tidak akan mempertimbangkan mana-mana rayuan dari KAFA selepas ini dan menafkan dakwaan FMLLP mengamalkan sikap 'double standard'.

Kesimpulan, keputusan FMLLP tersebut memaksa Kelantan untuk menggunakan khidmat Alessandro Celin sehingga habis musim dan juga mematikan kontrak Seydi Imam dengan terpaksa bayar gaji pampasan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. 

Sebelum ini, KAFA pernah mengatakan Jika FMLLP masih mengekalkan sekatan perpindahan Seydi, bermakna KAFA terpaksa menampung gaji Celin dan Seydi sekali gus Tindakan FMLLP tersebut seolah-olah merupakan penganiayaan buat pasukan Kelantan terutama buat penaja Kelantan yang berhempas pulas membantu pasukan Kelantan sekaligus menghidupkan suasana Liga Malaysia