RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 10 Julai 2017

Ramadhan Mohon Maaf Atas Kesilapan Mudah


Penjaga gawang The Red Warriors (TRW),  Mohd Ramadhan Abd Hamid mahu segera melupakan kesilapan mudah yang dilakukannya sehingga membawa kepada jaringan pertama Melaka United dalam aksi kedua saingan Piala Malaysia Kumpulan C, Sabtu lepas.

Ramadhan  mengakui,  kesilapan membaca pergerakan bola yang melantun di atas padang licin membawa padah apabila dia tersalah langkah dan membolehkan penyerang Melaka United, Marco Simic menjaringkan gol pertama tuan rumah pada minit ke-20.

“Itu memang kesilapan saya kerana gagal membaca arah pergerakan bola yang akhirnya membolehkan Melaka United mendapatkan gol mudah.
“Maafkan saya atas kesilapan tersebut dan biarpun selepas itu kami berusaha gigih untuk mencari gol penyamaan tetapi pemain lawan lebih bijak menghukum melalui serangan balas yang pantas,” katanya.

Ramadhan berjanji akan menjadikan kesilapan tersebut sebagai pengajaran berguna dalam kariernya dan berharap Pengarah Teknikal TRW, Alfredo Gonzales terus mempercayai dalam perlawanan menentang T-Team, malam esok.

“Harap Gonzales terus memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengawal gawang TRW dan berjanji akan beraksi lebih baik bagi menghalang jentera serangan T-Team,” katanya.

Ditanya mengenai peluang TRW untuk mengutip mata penuh menentang T-Team di gelanggang lawan, Ramadhan mengakui cukup sukar tetapi percaya rakan sepasukan sudah bersedia  bangkit mencari semula kemenangan.

“Kami sudah lupakan apa yang terjadi di Stadium Hang Jebat. Semua pemain kembali fokus dan berjanji akan memberikan aksi terbaik untuk mencari mata di Kuala Terengganu,” katanya.


Sumber : STADIUM ASTRO