RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 10 Julai 2017

'Pengadil Melakukan Kesilapan, Sepatutnya Penalti Dihadiahkan' - Bekas Pengerusi Jawatankuasa FAM

Malik Muhamad - sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: “Jika prestasi pengadil tidak ditangani segera ia bukan hanya menyebabkan pasukan teraniaya tapi juga boleh membunuh semangat penonton hadir ke stadium,” kata bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh.
Beliau berkata, hal ini kerana peminat hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang menarik tanpa ada sebarang kontroversi tidak diingini.
“Selain itu, mereka yang datang dari pelbagai tempat sama ada jauh atau dekat juga terpaksa berkorban masa dan wang ringgit semata-mata untuk menyokong pasukan kegemarannya.
“Tapi jika prestasi pengadil masih berada di tahap lama dan tidak meningkat, sudah tentu penonton mulai berasa bosan dan seterusnya tidak hadir ke stadium untuk memberikan sokongan dalam sesuatu perlawanan.
“Akhirnya siapa yang rugi? Bukan hanya persatuan bola sepak negeri tapi impaknya juga kepada pasukan negara apatah lagi tahun ini negara menjadi tuan rumah Sukan SEA,” kata Che Mat.
Beliau yang juga bekas Naib Presiden FAM berkata demikian sebagai mengulas keputusan pengadil perlawanan Mohd Fairuzi Mat Desa yang tidak memberikan sepakan penalti kepada Terengganu ketika aksi Piala Malaysia peringkat kumpulan bertemu Johor Darul Ta’zim.
Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Jumaat lalu, biarpun jelas pemain Johor DT, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dengan sengaja menggunakan tangan untuk menolak bola dalam kotak penalti, tetapi pengadil tetap dengan pendiriannya tidak menghadiahkan penalti.
“Selepas beberapa kali melihat klip video yang sudah tular itu, saya dapat rumuskan pengadil melakukan kesilapan, sepatutnya sepakan penalti dihadiahkan kepada Terengganu dan pemain lawan sekurang-kurangnya dilayangkan kad kuning kerana sengaja menahan bola dengan tangan.”

Sumber : Harian Metro