RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 17 Julai 2017

Penolong Jurulatih Kelantan Mahu Rombak Dan Beri Peluang Kepada Pemain Muda


Kelantan jelas tiada pilihan selain melakukan rombakan besar-besaran selepas tewas 0-2 kepada Perak pada aksi Liga Super tempoh hari di Kota Bharu.

Penolong jurulatih, Sathit Bensoh berkata, dia tidak menolak TRW perlu mengalami perubahan menyeluruh dengan tampil berwajah baru mengharungi baki saingan musim ini.  

"Saya percaya kepada pasukan ini kerana tida sesiapa mahukan kekalahan dan melakukan kesilapan. Semua orang dalam pasukan mempunyai cara sama untuk bangkit, tetapi kami perlukan masa dapatkan semula keyakinan.  

"Kami perlu berbincang bagaimana mahu membina semula pasukan, Saya fikir kami mempunyai sesuatu untuk mengubah keadaan dan sekarang kena pandang ke depan, mungkin boleh beri peluang kepada pemain muda atau pemain lain", katanya sejurus perlawanan.    

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Alfredo Gonzales yang tewas dua perlawanan lalu sekali lagi kecewa apabila tumpas 0-2 di tangan Perak, Ia merupakan kekalahan ketujuh Kelantan di laman sendiri dalam saingan liga musim ini selain empat kekalahan daripada enam perlawanan sejak di bawah sentuhan Uruguay itu.

Mengulas lanjut kekalahan tersebut, penolong jurulatih dari Thailand itu tampak seperti hilang kata-kata.    

"Saya tidak tahu bagaimana hendak ulas mengenai corak permainan tetapi saya percaya pemain sudah bekerja keras dan berjuang tetapi apabila permainan berakhir, kita mesti menghormati Keputusan kekalahan itu", katanya.

"Semua orang boleh lihat, kami kehilangan bola setiap kali menyerang dan apabila ini berlaku, kami melepaskan peluang menjaringkan gol.    

"Sekarang saya faham situasi pasukan ini apabila banyak kali kalah, pemain hilang keyakinan, hilang motivasi tetapi mereka harus bekerja lebih keras dan kembali menujukkan semangat melawan" katanya.


Sumber : Akhbar SINAR HARIAN 17 Julai, Mazram Izam Ridzal Mahmud