RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 17 Julai 2017

Bekas Pemain Kelantan Desak KAFA Singkirkan Gonzales dan Celin



Bekas pemain Kelantan, Afandi Yusof turut menggesa KAFA melakukan rombakan dengan mengugurkan jawaan Alfredo Gonzales selaku pengarah teknikal TRW ketika ini.     

Afandi berkata, badan itu wajar membuat keputusan segera sama ada menyingkirkan atau merehatkan Gonzales susulan prestasi buruk pasukan itu.      

"Berundur atau rehatkan saja(Gonzales). Saya sarankan KAFA kembalikan semula tugas mengendalikan pasukan Kepada Zahasmi Ismail (Ketua Jurulatih) yang terbukti menjalankan tanggungjawab dengan baik sebelum ini.   

"Buat apa simpan Gonzales sedangkan dia gagal membawa perubahan terhadap pasukan. Kalau dia betul seorang jurulatih professional, kita boleh nampak peningkatan tetapi ini tidak berlaku selepas Kelantan mengharungi 6 perlawanan di bawah kendaliannya", katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain, Abdul Aziz Mahmood turut senada apabila memberitahu khidmat Gonzales tidak diperlu dikekalkan memandangkan pasukan itu mencatat prestasi buruk apabil hanya menang dan seri sekali serta tewas empat kali dalam enam perlawanan         

"Sudah tiba masanya KAFA menekan butang panik, bukan setakat menyingkirkan Gonzales malah merehatkan pemain import seperti Celin dan digantikan dengan pemain muda pada perlawanan seterusnya" katanya.

Sumber : Akhbar SINAR HARIAN 17 Julai, Mazram Izam Ridzal Mahmud