RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 17 Julai 2017

Mengecewakan, Enam Pemain Digugurkan Setelah Gagal Laporkan Diri

Petaling Jaya: Kesetiaan Datuk Ong Kim Swee menunggu enam pemain yang seharusnya melaporkan diri semalam nyata mengecewakan kem negara apabila mereka tetap tidak muncul untuk bersama skuad bawah 22 tahun negara (B-22) beraksi di kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bermula Rabu ini.
Lantas Kim Swee terpaksa menggugurkan enam pemain itu dan beliau hanya akan membawa 22 pemain ke saingan kelayakan AFC itu.
Enam pemain yang dimaksudkan itu adalah Matthew Davies dan Nor Azam Azih (Pahang), S Kumaahran dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) serta Haziq Nadzli dan Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim).
“Buat masa sekarang (petang semalam), langsung tak ada berita mengenai mereka (enam pemain) jadi kami terpaksa lupakan khidmat mereka,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di Kelana Jaya, semalam.
“Ketika ini, saya tak ada banyak pilihan dengan semua pemain di sini (sesi latihan semalam) akan disenaraikan termasuk seorang lagi pemain dari Sarawak, Nur Shamie Iszuan bagi melengkapkan senarai 22 pemain.
“Nur Shamie akan melaporkan diri esok (hari ini) sebelum kami berlepas ke Bangkok petang esok dengan enam pemain lain itu saya anggap mereka tidak akan datang,” katanya.
Pada saingan kelayakan AFC, Malaysia berpeluang cerah untuk layak ke pusingan akhir di China tahun depan apabila diundi dalam Kumpulan H bersama tuan rumah Thailand, Indonesia dan Mongolia.
Selain tugasan di Bangkok, skuad kendalian Kim Swee juga akan bertanding dalam temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur dari 19-30 Ogos ini dengan sasaran meraih pingat emas.
Jelas bekas pengendali skuad senior Harimau Malaya itu lagi, beliau kemungkinan tidak akan menyenaraikan nama enam pemain itu pada kempen Sukan SEA.
“Tidak adil rasanya untuk saya memanggil semula enam pemain itu apabila pasukan balik dari kelayakan AFC untuk persiapan Sukan SEA.
“Walaupun saya tahu pemain yang tidak hadir itu bagus dan tidak dapat datang akibat halangan daripada pasukan masing-masing, saya terpaksa fokus kepada barisan pemain yang ada saja selepas ini,” katanya.

Sumber : METRO