RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 17 Julai 2017

YAKULT Tetap Berdiri Teguh Di Belakang Kelantan dan Risau Sokongan Penyokong


PENAJA bersama The Red Warriors (TRW), Yakult (M) Sdn Bhd (Yakult) akan terus menyokong pasukan pantai timur itu walaupun berdepan prestasi tidak menentu dalam saingan Liga Super dan kempen Piala Malaysia, musim ini, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, sebagai salah satu penaja TRW, tiada istilah mengaku kalah untuk Yakult dalam memberikan sokongan kepada pasukan itu.

“Saya hanya bimbang tentang (sokongan) penyokong sahaja, namun Yakult sebagai penaja, kami akan berdiri teguh di belakang pasukan Kelantan walaupun berada dalam situasi sukar sekarang.    

“Malah Yakult akan terus kekal memberikan komitmen tinggi menyokong bola sepak Kelantan bukan hanya pada musim ini tetapi juga untuk tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka ‘Sesuci Lebaran’ Yakult bersama Pertubuhan Kebajikan  Anak-Anak Yatim Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Hadir sama, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Afandi Hamzah, naib presiden, Datuk Muhammad Nasir Hamzah serta pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Kelantan.  

Pada majlis tersebut, Hamada turut memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim selain menyampaikan baucar tunai RM2,000 untuk pertubuhan berkenaan.

Dalam pada itu, Hamada memberitahu, selaku pengeluar minuman susu kultur probiotik terkenal di negara ini, pihaknya akan meneruskan tanggungjawab sosial korporat dengan mengagihkan kasut bola percuma kepada sekolah terpilih di Kelantan, pada tahun ini.

Sumber : SINAR HARIAN