Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata, walaupun Tok Gajah ketinggalan sembilan mata di belakang JDT, namun perkara itu tidak seharusnya dijadikan penghalang untuk mengejar Harimau Selatan.
“Pemain tidak boleh putus harapan. Ini kerana dalam bola sepak tidak ada perkara yang mustahil walaupun agak sukar untuk kita mengejar JDT.
“Apa yang penting dalam perlawanan malam esok(hari ini), kita kena menang,” katanya di sini hari ini.
Pahang kini berada di kedudukan kedua liga dengan mengumpul 24 mata, ketinggalan sembilan mata di belakang JDT.
Dollah berkata, dia akan mempertaruhkan kesebelasan terbaik Pahang dalam perlawanan itu dalam misi mencapai kemenangan.
“Dari segi kecederaan, hanya Matthew Davies yang belum pulih dan saya sendiri belum pasti sama ada dia dapat bermain untuk perlawanan menentang JDT,” katanya.
Berhubung prestasi pemain Tok Gajah, Dollah mengakui permainan dipamerkan anak buah­nya kurang menyerlah selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.
“Dalam dua perlawanan Piala Malaysia sebelum ini, kita ha­nya seri kerana prestasi yang dipamerkan pemain kurang me­nyerlah,” katanya.