RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 11 Julai 2017

'FMLLP Boleh Pertimbangkan Daftarkan Seydi Imam Tapi Dengan Syarat'


PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) masih boleh berkompromi mendaftarkan pemain import kelahiran Perancis, Seydi L Imam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, proses pendaftaran itu boleh berlaku sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) serius menyelesaikan segala isu yang masih tergantung.

"Kalau betul mereka (Kafa) tetap mahukan Seydi beraksi untuk Kelantan musim ini saya boleh bawa ke board untuk mempertimbangkan mengenai perkara ini.

"Tapi dengan syarat mereka perlulah menyelesaikan segala isu yang masih belum selesai kerana perkara ini sudah berlaku terlalu lama.

"Walaupun begitu, tiada jaminan yang boleh saya berikan kerana keputusan ini tertakluk kepada pihak atasan," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan FMLLP bertanggungjawab terhadap kejatuhan pasukan Kelantan.

Menurutnya, dakwaan itu dilihat sebagai tidak berasas dan beliau boleh beri jaminan pihaknya tidak pernah memberikan sebarang keistimewaan kepada mana-mana pasukan.
"Saya boleh jamin tiada sebarang bentuk keistimewaan atau perhatian lebih kepada mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia.

"Apa yang terjadi (hukuman) kepada pasukan Kelantan bukan datang dari pihak kami, tetapi dari pihak mereka sendiri yang masih berdegil untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Pasukan seperti T-Team dan Perlis yang turut berdepan hukuman sebelum ini sudah menyelesaikan apa yang diperlukan, tetapi Kelantan sahaja satu-satunya pasukan yang belum selesai sebab itulah sekatan perpindahan pemain masih berkuatkuasa," katanya.

Sumber : SINAR HARIAN