RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 15 Julai 2017

Merayu JDT, Pahang & Pulau Pinang Jangan Sekat Pemain Sertai Skuad Kebangsaan B-22


SKUAD B-22 negara tetap meneruskan perjuangan walaupun beberapa pemain utama masih belum menyertai pasukan kerana tidak mendapat pelepasan daripada kelab masing-masing. 
PIHAK pengurusan skuad Pulau Pinang, Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) diminta agar melepaskan pemain masing-masing untuk menggalas cabaran negara pada kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 bawah 23 (B-23) yang akan membuka tirai di Bangkok, Thailand Rabu depan.
Sehingga semalam, enam pemain yang disenaraikan dalam skuad B-22 negara masih belum melaporkan diri yang terdiri daripada Syamer Kutty Abba, S. Kumaahran (Pulau Pinang); Matthew Davies, Nor Azam Abdul Azih (Pahang); Safawi Rasid dan Haziq Nadzli (JDT).
Pemain terbabit dikatakan antara tonggak utama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu yang turut diberi tanggungjawab memburu pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos depan.
Tiga pasukan berkenaan dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu melepaskan pemain terbabit kerana masih memerlukan khidmat mereka mengharungi saingan liga tempatan.
Legenda bola sepak negara, Datuk Shukor Salleh melihat situasi tersebut sebagai langkah yang kurang sihat kerana masih ada pihak yang membelakangkan tugas untuk negara.
Justeru, dia merayu pihak terbabit agar melepaskan pemain-pemain mereka bagi membantu skuad muda negara mengharungi kempen kelayakan Piala ASFC B-23 di Bangkok minggu depan.
Menurut Shukor, dia faham masalah yang dihadapi oleh beberapa pasukan yang beraksi pada kempen liga tempatan, tetapi pada masa yang sama perlu memberi sokongan terhadap proses membentuk skuad kebangsaan yang mantap.
Saya faham situasi mereka terutama Pulau Pinang yang kini sedang berjuang untuk terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan apabila menduduki tangga tercorot liga musim ini.
“Tetapi, mereka perlu juga berkorban untuk kepentingan negara. Oleh itu, saya merayu agar pihak pengurusan pasukan terbabit melepaskan pemain mereka demi kepentingan negara,” ujar Shukor semalam.
Menurutnya, lebih menyedihkan, bukan sahaja Pulau Pinang tetapi JDT serta Pahang juga tidak boleh memberikan kebenaran kepada pemain-pemain mereka menyertai kem latihan skuad negara.
Justeru, Shukor menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar memandang serius mengenai kemelut yang berlaku itu supaya ia tidak akan terjadi lagi di masa akan datang.
Menurutnya, jika perkara seperti ini terus berlaku, ia akan membantutkan usaha-usaha Presiden FAM, Tengku Ismail Sultan Ibrahim untuk memulihkan reputasi bola sepak kebangsaan.

Sumber Penuh: KOSMO! 
Hakcipta terpelihara