RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 15 Julai 2017

Reaksi SU KFA Selepas Membaca Komen Penyokong Kedah Membantah Tindakan KFA Cancel Live

Image result for penyokong kedah mengamuk
Gambar : userun photography & Laman PFKE.com

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) berharap penyokong Hijau Kuning tidak lagi memanjangkan isu penundaan siaran langsung Kedah bertemu Selangor di Stadium Darul Aman pada malam ini di laman sosial sebaliknya terus berdiri teguh di belakang pasukan.

Semalam, laman Facebook rasmi pasukan tersebut, Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah -,  dihujani lebih 1,000 komen yang meluahkan rasa kecewa dengan tindakan persatuan tersebut.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya sudahpun menerangkan dengan jelas beberapa sebab menerusi satu kenyataan media kelmarin dan minta penyiar rasmi Liga Malaysia menunda siaran langsung pada perlawanan akan datang.

Menurut Aminuddin, beliau sempat membaca komen-komen penyokong dan mendapati masih ada lagi di kalangan mereka tidak faham dengan situasi semasa yang dialami oleh pihaknya.

"Banyak sebab sebenarnya selain dakwaan bahawa KFA minta menunda siaran langsung perlawanan tersebut kerana jualan tiket di Kedah sudahpun merosot.

Sebagai seorang penyokong setia, mereka perlu terus bersama pasukan, memberi sokongan dan memahami keadaan semasa yang dihadapi oleh KFA sekarang dan bukannya menyerang tanpa mengetahui hal sebenar," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau terus mengulangi pendirian pihaknya bahawa Kedah perlu adil dengan semua pasukan kerana masih ada pasukan lain di Liga Super yang masih belum disiarkan secara langsung selain atas dasar situasi menang-menang untuk kebaikan semua pihak.

Aminuddin melalui kenyataannya sebelum ini berkata, tidak munasabah untuk pasukan tuan rumah yang beraksi digelanggang sendiri disiarkan secara langsung sebanyak tiga perlawanan berturut-turut.

Menurutnya, selepas Liga Malaysia bersambung, dua perlawanan di Stadium Darulaman disiarkan secara langsung pada 1 Julai  bertemu Perak FA bagi perlawanan Liga Super dan 4 Julai bertemu Melaka United bagi perlawanan pertama Kumulan C Piala Malaysia.

Sumber : SINAR HARIAN