RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 9 Julai 2017

Komen Angah Selepas Tewas Kepada Melaka, Angah Bangga Dengan Penyokong Tetap Setia

Reaksi dan komen pemain veteran Kelantan iaitu Norhafiz Zamani Misbah memaklum balas selepas kekalahan besar 0-3 kepada Melaka United.

Pemain ini mengatakan beliau menerima banyak kritikan dari para penyokong dan menerimanya dengan hati terbuka.

Beliau menegaskan mereka semua sudah berusaha namun selebihnya berserah pada yang maha Esa dan Norhafiz zamani tetap berbangga dengan penyokong setia walaupun perlawanan sedang ketinggalan.

Inilah komen Norhafiz Zamani Misbah melalui status facebook beliau :

"Assalamualaikum semua..Kita banyak terima komen negatif utk game smale..dan yang paling rare "time kaloh senyap..time mene derah update status.."haha..apa pon jua pandangan sep kita,kami baca dan faham..

"bila menang,kita hepi dan berkongsi kegembiraan..bila kalah kita hanya mampu memendam rasa..siapa mahu kalah..derita itu kami biarlah kami yang tanggung..Kami tak dapat nak janjikan bulan dan bintang..Kami pasti berusaha..selebihnya kami berserah pada Yang Esa..

"Namun apa jua keputusan,kami tetap berbangga kerana kami punyai fans yang masih setia bersama kami dan masih sudi memberikan kata2 semangat biarpon lontaran semangat itu datang dari pelbagai bentuk..

"Luahkanlah apa saja asalkan jangan dipendam didalam hati..kami tak mengapa..kerana sudah biasa..GKG!!"