Presiden Gpk, Mohd. Zainy Mohd. Zain berkata, kehadiran Gonzales dalam mengendalikan TRW ketika ini dilihat bukan satu keperluan mendesak.
Menurutnya, sebaliknya ia telah memberikan impak negatif kepada pasukan sehingga menyebabkan prestasi TRW kembali menjunam.
“Sepanjang empat perlawanan di bawah pimpinan Gonzales saya lihat TRW sudah hilang seri berbanding ketika dikendali Zahasmi Ismail.
“Kelantan hanya mampu menang sekali dengan UiTM FC pada aksi Piala Malaysia itu terpaksa berhempas pulas untuk menumpaskan lawan yang dilihat bermain lebih baik.
“Jujur saya katakan, Gonzales tidak layak untuk mengemudi TRW. Ini dapat dilihat apabila Kelantan dimalukan 0-3 oleh Melaka pada aksi Piala Malaysia malam tadi,”katanya.
Mohd. Zainy memberitahu, keputusan-keputusan itu jelas menunjukkan keupayaan Gonzales mengemudi TRW. - UTUSAN ONLINE