RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 18 Julai 2017

Kedudukan Kelantan dalam Piala Malaysia Peringkat Kumpulan Selepas Tamat Perlawanan






Gambar : KELANTAN FA

Perlawanan dramatik malam ini apabila Kelantan berjaya mengutip 3 mata penuh selepas menewaskan Kedah 3-1 hasil jaringan Morgaro Gomis dan Abou Bakr Al Mel dengan 2 gol peribadinya.

Rata-rata para penyokong memilih Morgaro Gomis sebagai pemain terbaik pada malam ini yang berjaya menghasilkan 1 gol dan 1 assist dan juga berjaya menyekat pergerakan bebas Lirindon.

Kelantan FA melalui saat-saat sukar apabila mengalami kekalahan demi kekalahan namun selepas Alfredo Gonzales direhatkan kerana dikatakan deman panas sekaligus Zahasmi Ismail kembali bertugas sebagai ketua jurulatih untuk menyelamatkan Kelantan, Tanpa diduga Kelantan menampilkan aksi bertenaga dan berjaya menewaskan pasukan gergasi iaitu Kedah FA malam ini.

Pemain Muda Kelantan iaitu Faris Shah mengucapkan terima kasih kepada para penyokong tidak berputus asa yang menyokong pasukan TRW

"Terima kasih pemain ke12 kerana sentiasa ada diblkng TRW❤️❤️..kalah menang adat main..yang penting usaha dan bagi yg terbaik..❤️" - Faris Shah


Kedudukan Kelantan dalam Kumpulan C Piala Malaysia dalam kedudukan tidak berapa selamat iaitu berada no.3 dengan kutipan 6 mata sama mata dengan Melaka United yang berada no.2 dan jugak Kedah no.1 yang juga mengutip 6 mata namun hanya dibezakan dengan jaringan gol. Gambar carta penuh ada dibawah.

Perlawanan seterusnya buat Kelantan dalam aksi Piala Malaysia iaitu menentang UITM FC pada 29 Julai di tempat lawan, Sudah semestinya misi utama Kelantan untuk mengutip 3 mata untuk memintas pencabar terdekat iaitu Melaka United dan Kedah Dalam Group C supaya melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia


Gambar :