RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 18 Julai 2017

Ketua Polis Negara Nafi Dakwaan PPIM

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi (dua dari kanan) ketika membantu mangsa yang mendakwa ditipu syarikat AGR 10 Julai lalu. FOTO Surianie Mohd Hanif (Gambar fail)

POLIS nafi tidak mengambil tindakan berhubung aduan pemilik kereta yang dikatakan gagal menuntut semula kereta dipajak kepada syarikat AGR Trade Sdn Bhd seperti didakwa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana setiap laporan diterima akan melalui proses siasatan yang adil dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak.
Katanya, negara mempunyai undang-undang dan semua lapisan masyarakat tidak kira badan bukan kerajaan (NGO) mahu pun polis sendiri perlu mematuhinya.
“€œTuduhan (PPIM) mengatakan polis tidak siasat, tak peduli laporan tidak benar. Semua rakyat tidak kira siapa pun mereka termasuk polis kena ikut undang-undang.
“€œBila ada laporan, kita cari saksi, rakam percakapan... kita kena jalankan siasatan, kumpul keterangan sebelum memajukannya siasatan itu kepada pejabat Peguam Negara untuk mereka buat keputusan seterusnya sama ada nak tuduh (di mahkamah) atau tidak,”€ katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sambulan Hari Raya peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau pada masa sama turut menyatakan polis menjalankan siasatan ke atas PPIM yang mengambil tindakan sendiri dengan menceroboh ke syarikat berkenaan tanpa merujuk kepada polis.

Sumber : METRO