Rabu, 19 Julai 2017

VIDEO : Aksi Dribble Bako Sebelum Skor Gol Bola Chip Memukau Di Minit Akhir


Video Sumber : Morak-FC-Fans-Club

KELANTAN keluar dari badi kekalahan apabila mengejutkan pasukan pilihan, Kedah 3-1 pada aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Kelantan yang kembali mendapat sentuhan Zahasmi Ismail jelas mempamerkan corak permainan lebih tersusun dengan menguasai sebahagian permainan, pada pertemuan cukup sengit itu.

Video Aksi Abou Bakr membunuh sisa perjuangan Kedah apabila meledak gol ketiga setelah memperdayakan kapten, Khairul Helmi Johari di dalam kotak penalti sekali gus mengesahkan kemenangan 3-1, pada pertemuan malam tadi.

Sumber : SINAR HARIAN