RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 5 Julai 2017

KAFA Bingung Sikap FMLLP Diam Membisu


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempersoalkan tindakan berdiam diri Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) berkaitan rayuan bagi mendapatkan khidmat pemain import dari Perancis, Seydi L' Imam.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata pihaknya kecewa dengan sikap membisu FMLLP kerana tidak memberikan jawapan terhadap surat rayuan itu yang dikemukakan sejak bulan lalu.

"Kita sudah menghantar surat rayuan pada 21 Jun lalu dengan alasan dan penjelasan yang lengkap, selain melengkapi semua syarat dan dokumen yang dikehendaki oleh mereka (FMLPP)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, FMLLP menolak permohonan KAFA untuk membawa masuk pemain import terbabit bagi menggantikan seorang lagi pemain import, Alessandro Padovani Celin pada jendela perpindahan Liga Malaysia lalu.

Sekatan yang dikenakan FMLLP itu berikutan KAFA gagal melengkapkan dokumentasi seperti diminta oleh badan pengendali Liga Malaysia itu, selain tidak memenuhi kriteria pendaftaran Liga Malaysia.

Ismail berkata, KAFA akan menghantar surat pertanyaan mengapa surat rayuan yang dihantar mereka tidak dijawab oleh FMLLP.

"Tindakan diam diri itu menjadi persoalan kepada kami. Kenapa mereka tidak menjawab surat rayuan kami? 

"Kami mahu penjelasan dan alasan mereka kerana tindakan ini akan merosakkan kami sehingga kami tidak boleh membuat keputusan mengenai kedudukan Celin (Alessandro Padovani Celin)."

Ismail tidak menafikan KAFA ketika ini terdesak untuk mendapatkan khidmat penyerang import berkenaan berdasarkan keperluan semasa pasukan.

"Sememangnya kami mahu mendapatkan khidmat Seydi L' Imam kerana Celin mengalami kecederaan menyebabkan beliau tidak dapat menunjukkan mutu permainan yang baik.

"Kita terpaksa menunggu jawapan daripada FMLLP untuk memutuskan kedudukan Celin, sama ada mahu menamatkan kontraknya atau tidak," kata Ismail. -
BERNAMA

Sumber : BERITA HARIAN