RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 9 Julai 2017

[HIGHLIGHT] : Melaka United 3-0 Kelantan FA, Aksi Mistake GK Kelantan Bolos Gol Pertama


MELAKA: Melaka United (MU) berjaya menghidupkan cabaran dalam kumpulan C Piala Malaysia selepas mengatasi Kelantan 3-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi. 

Selepas tewas 0-2 kepada juara bertahan Kedah, skuad bimbingan Eduardo Almeida bangkit dari aksi hambar minggu lalu pada perlawanan di depan kira -kira 8,000 penyokong setia. 

Kemenangan itu menyaksikan MU berada di tangga kedua kumpulan C dengan berkongsi tiga mata dengan Kelantan sementara Kedah di tangga teratas manakala UiTM FC tangga keempat. 

MU mula mengasak pelawat sejak awal babak permainan namun hantaran lintang kapten pasukan R Surendran pada minit ke-12 gagal disambut kemas Mohd Fauzi Roslan dan percubaan lemah Fauzi tiga minit selepas itu berjaya diselamatkan penjaga gol Mohamad Ramdhan. 

Asakan bertali arus MU menyaksikan import Brazil Feilipe de Souza melakukan rembatan dari jarak 30 meter namun tersasar ke kiri gawang The Red Warriors pada minit ke-18. Kubu pelawat bocor pada minit ke-21 apabila import kelahiran Crotia, Marko Simic menolak masuk gol pertama Hang Tuah selepas menerima hantaran jauh Surendran. 

Kerapuhan pertahanan pelawat menyaksikan mereka terus dihukum selepas Surendran merembat masuk gol kedua Sang Kancil pada minit ke-37 untuk melebarkan penguasaan tuan rumah. 

Pelawat hanya bagaimanapun hanya menguji kubu penjaga gol Mohd Fazli Paat pada minit ke-37 menerusi Khairul Izuan yang ditepis keluar Fazli diikuti percubaan Indra Putra Mahayudin dua minit selepas itu namun tinggi melepasi palang gol. 

Bersambung babak kedua tuan rumah terus menggandakan asakan dengan hasilnya menjelma pada minit ke-50 selepas Fauzi yang menjadi 'duri dalam daging buat The Red Warriors merembat masuk gol ketiga MU menandakan skuad Hang Tuah bakal bangkit dari kesuraman prestasi. 

Dalam usaha menyuntik tenaga baharu Almeida memasukkan Fandi Othman, S Sivanesan dan Jasmir Mehat menarik keluar Norhakim Isa, Surendran dan Felipe de Souza sementara Kelantan membawa masuk Rozaimi Azwar dan Mohd Norfarhan menggantikan Mohd Badrl Radzi dan Alessandro Celin namun tiada sebarang jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan.

Sumber : Berita Harian