RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 8 Julai 2017

Tiada Alasan Untuk Melaka Tewas Di Gelanggang Sendiri - Datuk Wira

Melaka: Sentuhan pemain tengah dari Brazil Felipe de Souza ditagih mengemudi barisan tengah Melaka United ketika berdepan cabaran Kelantan pada aksi kedua kumpulan C Piala Malaysia buat skuad Hang Tuah di Stadium Hang Jebat malam ini.
Penolong jurulatih Melaka Norizam Ali Hasan berkata, selepas Souza tidak diturunkan ketika berdepan Kedah di Alor Setar minggu lalu akibat kecederaan khidmatnya kembali dipertaruhkan untuk memperkasa skuad Sang Kancil di gelanggang sendiri.
Beliau berkata, ketiadaan pemain itu amat dirasai apabila barisan tengah masih tercari-cari rentak dan keserasian namun tetap memberi cabaran kepada tuan rumah walaupun kecundang 0-2 pada aksi sulung terbabit.
“Saya amat yakin kehadirannya bakal menambah sengat pasukan untuk membenam Kelantan yang kini dilihat antara pasukan pilihan dalam kumpulan terbabit.
“Apa yang pasti keempat-empat import Melaka akan beraksi pada perlawanan termasuk Jasmin Meconovic, Jeon Woo Young dan Marko Simic sekali gus menandakan kesungguhan kami untuk meraih mata penuh di gelanggang sendiri,” katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan Datuk Wira Mohd Yusuff Mahadi berkata, tiada alasan untuk mereka tewas berdasarkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri selain memperoleh sokongan padu penyokong setia.

Sumber : METRO