RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 9 Julai 2017

'Kembalikan Zahasmi Ismail' - Reaksi Penyokong Kelantan Selepas Tewas Kepada Melaka United


Kembalikan Zahasmi Ismail - Reaksi Penyokong Kelantan
Selepas Tewas Kepada Melaka United

"Kembalikan Zahasmi Ismail" itulah antaranya reaksi dan komen para penyokong Kelantan di media sosial selepas Kelantan FA tewas 3-0 kepada Melaka United di Stadium Hang Jebat saingan Piala Malaysia 2017 semalam.

3 Perlawanan dikendali Alfredo Gonzales sejak 1 Julai, pasukan hanya mampu mencipta 1 kemenangan dan 2 kekalahan, Kekalahan 3-0 kepada Melaka United membuat penyokong Kelantan hilang sabar dengan skuad anak didik Alfredo Gonzales menampilkan corak permainan yang sangat lemah dan penyokong tidak setuju dengan senarai pemain yang diturunkan antaranya pemain import TRW, Alessandro Celin.

Penyokong Kelantan mengatakan sejak Alfredo Gonzales ambil alih tugas zahasmi, Prestasi Kelantan semakin teruk dan sukar untuk menjaringkan gol walaupun pasukan Kelantan sudah mengambil pemain top skor dari Liga Lubnan untuk menggantikan Ghaddar, Namun ianya belum memadai untuk membantu pasukan Kelantan untuk kembali berada prestasi cemerlang.

Antaranya komen penyokong Kelantan selepas tewas kepada Melaka United :

"Kembalikan Zahasmi sebagai Head coach 2 jah loni" Afz Ahmad Farhan Zaidi

"Saya harap KAFA kembalikan tugas Zahasmi macam sebelum ini sebelum Kelantan FA kehilangan sokongan penyokong"Mie Gong Kedak

"Semakin kritikal Kelantan sekarang sejak Gonzalo ambil alih, Lebih baik kekalkan anak tempatan jadi jurulatih"Azlie Liey

"Tiada peluang dah, balik awal Piala Malaysia musim ini, belum jumpa kedah lagi, Jumpa Kedah Kelantan Kalah 5 Kosong"Far East

Zahasmi Ismail sebelum ini beritahu dia mahu seseorang untuk membantu kerja beliau sebagai ketua jurulatih, Namun lain pula jadinya apabila Alfredo Gonzales pengurus pasukan Kelantan dikatakan seolah-olah mengambil peranan Zahasmi Ismail selepas cuti bulan Ramadhan antaranya tugas merangka corak permainan dan pemilihan kesebelasan utama dalam pasukan sekaligus ketika perlawanan.

Kehadiran Zahasmi Ismail bersama barisan jurulatih seolah-olah diketepikan apabila beliau hanya memanaskan di bangku simpanan sahaja sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi diantara kalangan penyokong pasukan Kelantan.

Para penyokong Kelantan mengharapkan KAFA membuat rombakan dalam pengurusan dan kembalikan Zahasmi Ismail mengendali tugas sebagai ketua jurulatih seperti sebelum ini.