RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 2 Julai 2017

Gonzales Dedahkan Punca Kekalahan Kelantan Dan Tetap Mempertahankan Taktikal Beliau


BANYAK FAKTOR PUNCA KEKALAHAN : ALFREDO GONZALES

Pengarah teknikal Kelantan, Alfredo Gonzales, menyalahkan pelbagai faktor luaran, termasuk ketiadaan padang yang sesuai untuk menjalani latihan sepanjang bulan Ramadan, sebagai punca utama TRW kalah 2-0 kepada Sarawak dalam saingan Liga Super di SSMIV.

Mengakui persembahan anak buahnya kurang meyakinkan, Gonzales menganggap itulah harga yang terpaksa dibayar akibat persiapan yang diganggu pelbagai masalah luaran.
“Sepanjang tempoh 37 hari (Liga Malaysia berehat), kami hanya mampu mengadakan dua sahaja perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi Sarawak di Kota Bharu.

“Selain itu, pasukan hanya mampu menjalani latihan selama empat malam di stadium dan faktor ini (ketiadaan tempat latihan) tentulah menjejaskan persiapan pasukan.

"Pemain juga banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dan kami terpaksa membayar dengan kekalahan ini.

Gonzales, pengurus pasukan TRW, mempertahankan corak taktikal yang diamalkan pasukannya biarpun dikritik hebat penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan itu.
“Tidak ada sebarang masalah dengan taktikal pasukan kerana semua pemain sudah memahaminya. Saya tidak akan menangis (ekoran kekalahan ini) dan kami akan bangkit semula untuk perlawanan berikutnya" - Alfredo Gonzales

Sumber : STADIUM ASTRO