RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 2 Julai 2017

Reaksi & Komen Shebby Singh Mengenai Celin dan Dianggap Sebagai 'Paling Teruk'



Reaksi & Komen Shebby Singh Mengenai Celin dan Dianggap Sebagai Paling Teruk

Penganalisis bola sepak tanah air, Serbegeth "Shebby" Singh antara yang individu yang memberi kritikan pedas mengenai prestasi buruk pemain import Kelantan, Alessandro Celin dan beliau juga setuju jika Kelantan mahu tukar Celin dengan pemain import lain.

CELIN INDIVIDU PALING TERUK - Shebby Singh 

"Celin individu paling TERUK aksinya di atas padang. Kelantan gagal membina kombinasi serangan yang baik akibat prestasi TERUK Celin.


"Celin tidak agresif dan tiada keyakinan diri langsung sebagai penyerang. Amat wajar jika pengurus Kelantan mahu menukar Celin" 
kata Shebby ketika memberikan komen selepas perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu di TV9 selepas tamat perlawanan semalam

Rata-rata reaksi penyokong Kelantan setuju komen Shebby Singh mengenai persembahan Alessandro Celin kerana persembahan pemain ini sangat menghampakan terutama seluruh penyokong yang sanggup datang ke stadium dalam keadaan cuaca hujan lebat dan petir malam tadi.