RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 3 Julai 2017

Alfredo Gonzales Tidak Menyalahkan Pemain dan Percaya Mereka Sudah Beri Terbaik


PENGARAH Teknikal The Red Warriors (TRW), Alfredo Gonzales mempertahankan percaturannya walaupun selepas kecundang 0-2 kepada Sarawak dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin, lapor SITI FATIHAH AWANG.

Gonzales berkata, beliau tidak menyalahkan pemain kerana percaya mereka sudah mempamerkan aksi terbaik.

“Mereka sudah beri terbaik, apa pun saya akui pemain saya kekurangan persiapan kali ini, mungkin ia memberi kesan.

“ Cuma saya sedikit  terkilan kerana tidak dapat menyediakan resipi yang cukup semasa sesi latihan kerana pasukan berdepan masalah ketiadaan padang sepanjang Ramadan lalu,” katanya.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan itu faktor utama kepada kekalahan walaupun sudah memantapkan pasukan.

Gonzales mengakui berdepan pelbagai cabaran membentuk TRW sejak mengambil alih daripada Zahasmi Ismail.

“Sepanjang tempoh itu TRW  hanya menjalani dua perlawanan persahabatan sebelum berdepan Sarawak,” katanya.

Namun begitu, beliau tetap yakin Kelantan akan kembali bangkit selepas ini.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop berkata, kejayaan meraih tiga mata penting itu bonus kepada pasukannya untuk terus kekal dalam liga musim depan.

“Sebelum ini, kami di kedudukan ke-10 liga dan kedudukan ini tidak selamat.

“Namun dengan tiga mata tersebut, ia membolehkan kami  naik satu anak tangga sekali gus memberi kelegaan kepada kami,” katanya.

Pada aksi itu, Sarawak menewaskan Kelantan 2-0 hasil jaringan Demerson Bruno Costa minit ke-21 dan Mateo Roskam ('35).
SUMBER : SINAR HARIAN