RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 1 Jun 2017

TSAM Ingatkan Kevin Supaya Jangan Biadap Dalam Laksana Tugas

Melalui status terkini facebook Tan Sri Annuar Musa memberitahu supaya Kevin supaya jangan biadap dalam melakukan tugas.

TSAM menegaskan beliau tidak makan gaji seperti Kevin yang dibayar gaji berpuluhan ribu sebulan dengan berlagak besar kepala dan sombong dengan sesuka hati apabila membuat statement

Inilah Statement Penuh Tan Sri Annuar Musa di Facebook.

"Saya memperingatkan KEVIN RAMALINGGAM supaya jangan "biadap" dalam melaksanakan tugas..

"SAYA NAK TANYA APA MAKSUD JANGAN "MEMPOLITIKKAN"isu...siapa mempolitikkan?politik apa?...UMNO?PAS?DAP?....

"ini soal bola,soal cara bekerja,soal keadilan...SAYA BERHAK KERANA SAYA "STAKE HOLDER"...saya bukan makan gaji macam KEVIN...saya berbelanja dan melabur utk bola kerana minat dan tak mahu bolasepak kelantan di kuburkan atau berkubur.

"KEVIN DI BAYAR GAJI PULUHAN RIBU SEBULAN utk menunjukkan kualiti kerja yg PROFESIONAL bukan berlagak besar kepala dan sombong dgn sesuka hati buat statement demi statement yg kantoikan FMLLP

"Pagi tadi saya bertemu EXCO KAFA..saya nasihatkan EXCO KAFA DI KETUAI PEM PRESIDEN DATO SRI AFFENDI HAMZAH pergi ke pejabat FMLLP isnin ini dan minta penjelasan.KITA BUKAN PERTIKAIKAN HUKUMAN,kita pertikaikan INCONSISTENCY dlm menghukum dan kebijakasanaan dlm menghukum serta statement beliau yg bercanggah canggah..

"Usah cuba menggertak saya.Selagi saya terlibat dgn bola saya berhak dan akan terus bersuara TANPA TAKUT ATAU GENTAR...

"biar rombongan kafa dapatkan penjelasan dan kita akan tentukan langkah selanjutnya...

"Sekali lagi saya ulang...APA MAKSUD MEMPOLITIKKAN??....Kevin mau team yg di tindas berdiam diri dan hanya menagih simpati??itu bukan trw..!!"

Sumber : Facebook Tan Sri Annuar Musa