RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 1 Jun 2017

Exco Setuju KAFA Diswastakan 30% jadi milik Penyokong, KAFA berjumpa FMLLP 5 Jun Ini


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju menswastakan badan induk itu bermula saingan liga musim depan sebagai pendekatan dalam menyelesaikan beberapa masalah yang menghimpit mereka.


Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata semua Exco yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk menswastakan persatuan itu. 

"Penswastaan persatuan ini bakal membabitkan dua pihak iaitu pihak swasta dan wakil kelab penyokong dalam pengurusan KAFA. 

"Malah pembahagian saham persatuan membabitkan kira-kira 70 peratus untuk syarikat swasta manakala 30 peratus lagi menjadi milik penyokong negeri ini," katanya ketika dihubungi BH Online hari ini. 

Turut hadir pada mesyuarat itu Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor. Mengulas lanjut isu sekatan pendaftaran ke atas import baharu Seydi L Imam yang menggantikan Alessandro Celin, Afandi berkata KAFA akan mengadakan pertemuan dengan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), 5 Jun untuk menyelesaikan kemelut itu. 

"Saya akan mengetuai rombongan bersama beberapa Exco KAFA ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk berbincang berhubung beberapa isu termasuk sekatan pendaftaran itu dan harap segala masalah yang berbangkit dapat diselesaikan," katanya. 

BH Sukan sebelum ini melaporkan FMLLP mendakwa KAFA masih menghadapi sekatan susulan beberapa isu berhubung pendaftaran pasukan yang belum dilengkapkan, malah KAFA mempunyai tempoh sehingga 31 Oktober depan bagi menyelesaikan pelbagai dokumen berkaitan. 

Kegagalan melengkapkan pendaftaran pasukan musim ini berkemungkinan KAFA akan disingkirkan ke saingan Liga Perdana dan andai masalah berlarutan sehingga musim depan, KAFA tidak dibenarkan menyertai Liga Malaysia (Liga M).

Sumber : Berita Harian