RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 4 Jun 2017

TMJ Tanggung Kos Perubatan Anak Pemain Perlis


ANAK kedua pemain bola sepak Perlis, Alafi Mahmud akan menjalani pembedahan pertama pada 10 Jun ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Menurut Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), keseluruhan kos pembedahan Adra Medina Alafi yang berusia 48 hari itu ditanggung penuh oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Pihak PFA Malaysia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang memberi sumbangan kepada Adik Adra Medina.

"Nasib Adik Adra yang kini menghadapi dugaan apabila disahkan menghidap penyakit jantung berlubang kini terbela apabila ramai pihak yang memberikan sumbangan ikhas dan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan Alafi.

"Menjunjung kasih diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor kerana sudi menampung keseluruhan kos pembedahan pertama adik Adra Medina yang dijadualkan pada hari Sabtu ini," katanya kenyataan itu yang dipetik menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini, PFAM dalam  sebuah kenyataan memberitahu Alafi memerlukan bantuan kewangan untuk merawat anak keduanya, Adra yang berusia 48 hari yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

Menurut PFAM, Alafi perlu menanggung kos rawatan mencecah RM100,000 bagi merawat anaknya itu yang memerlukan dua kali pembedahan dan kos rawatan susulan. Jelas PFAM lagi, pihaknya kini menutup kutipan kerana dana yang dikumpulkan sudah mencukupi.

"Sebarang sumbangan selepas ini boleh terus disalurkan kepada akaun peribadi Alafi.

"Sama-sama kita doakan urusan Adik Adra Medina ketika pembedahan dipermudahkan dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa," jelas pihaknya lagi.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Eksekutif Pentadbiran PFAM, Hanani di talian 017-722 0864 dan Eksekutif Komunikasi PFAM, Syamil Rosli di 014-548 7034.

Sumber : Sinar Harian