RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 20 Jun 2017

Respon & Komen KAFA Mengenai FMLLP Tidak Meluluskan Pendaftaran Seydi Imam


PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan melakukan apa sahaja bagi memastikan isu pendaftaran Seydi L Imam selesai.

Mengulas lanjut mengenai kegagalan mendaftar pemain import baharu tersebut, Pemangku Presiden Kafa, Datuk Sri Afandi Hamzah memberitahu pihaknya akan terus berusaha melengkapkan kriteria yang diinginkan oleh Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

"Kami baru  saja membaca kenyataan FMLLP kegagalan pendafaran Seydi di media sosial.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah akan terus mencuba supaya Seydi L Imam dapat bermain dengan Kelantan.

"Ini kerana kita sudah membuat permohonan dan ianya ditolak. Jadi apa sahaja kriteria yang dikatakan tidak lengkap, kami akan lengkapkan," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Merujuk Sinar HarianPemangku Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya akan terus berhubung dengan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat selepas pendaftaran tonggak import mereka ditolak badan itu.

“Kita akan terus berbincang dengan FMLLP mengenai  dokumen yang perlukan untuk melengkapkan lagi pendaftaran Seydi.

“Lagipun kita daftarkan Seydi dalam tempoh ditetapkan oleh FMLLP,” katanya.

Sementara itu, Afandi memberitahu, pihaknya lega dengan keputusan FMLLP memulangkan semula tiga mata yang dikenakan terhadap Kelantan sebelum ini.

Katanya, Kafa berterima kasih kepada FMLLP kerana mendengar rayuan yang dikemukakan mereka sebelum in

Sebelum ini, FMLLP telah mengeluarkan kenyataan mengenai rayuan Kafa ditolak skuad tersebut masih gagal memenuhi kriteria yang diperlukan dalam proses pendaftaran Liga Malaysia 2017 sekali gus menyebabkan sekatan perpindahan tetap dikuatkuasakan.

Afandi memberitahu, dengan keputusan FMLLP itu, status Seydi kini masih tergantung.

"Buat masa ini kami akan cuba menyelesaikan isu status pemain dahulu.

"Manakala isu-isu lain (tunggakan gaji, KKWSP, Perkeso dan LHDN) akan dibincangkan kemudian kerana masih ada lagi tempoh sehingga berakhir 31 Oktober ini," ujarnya.

Sumber : MSTAR