RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 5 Jun 2017

Respon dan Komen KAFA Mengenai "Tidak Boleh Guna SSMIV"


PERSIAPAN Kelantan menghadapi saingan Liga Super dan Piala Malaysia terjejas gara-gara tidak dibenarkan menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, pada sebelah malam sepanjang Ramadan ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor berkata, pihaknya diberitahu secara lisan oleh Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) bahawa stadium itu tidak dapat digunakan kerana bertindan dengan program Madinah Ramadan anjuran kerajaan negeri.

“Kita sedang berusaha mencari padang lain, alternatif kita adalah Stadium Mini Ketereh tetapi tahap pencahayaan lampu limpah stadium itu tidak cukup terang dan permukaan padang juga tidak berapa baik.

“Satu lagi, Stadium Mini Pasir Mas tetapi saya diberitahu masalah sama juga berlaku. Mungkin tidak sesuai berlatih di situ kerana boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Malam kelmarin, perancangan skuad The Red Warriors (TRW) untuk menjalani latihan pertama mereka di stadium terpaksa diubah dengan berlatih di sebuah gimnasium.
Menurutnya, jalan terakhir ialah skuad kendalian Zahasmi Ismail kembali berlatih seperti biasa pada sebelah petang di padang Mardi, Pasir Tumboh.

Sementara itu, Setiausaha PSK, Azi Rahimee Mohamad ketika dihubungi mengesahkan ‘larangan’ berkenaan namun menjelaskan tidak ada kaitan tunggakan hutang melibatkan persatuan itu.

“Ini bukan soal hutang, kami (PSK) nasihatkan untuk tidak buat apa-apa latihan bagi hormati Madinah Ramadan. Tambahan pula kami ada terima permohonan Kafa untuk mengadakan aksi persahabatan dalam 10 malam terakhir Ramadan.

“Memang benar Kafa masih berhutang namun itu bukan sebab utama kenapa kita tak benarkan stadium digunakan dalam bulan Ramadan ini. Saya harap semua pihak faham dan hormatinya,” katanya.

Azi memberitahu, PSK tidak ‘lepas tangan’ dalam hal tersebut, sebaliknya turut mencadangkan Kafa memohon dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menggunakan Padang Perdana sebagai tempat latihan.

“Bagi saya, mereka boleh berlatih di Padang Perdana, pencahayaan cukup dan kemudahan pun ada. Kami maklumkan cadangan ini,” katanya.

Sumber : SINAR HARIAN