Pemain Import Kelantan, Alessandro Celin tetap gigih turun berlatih bersama pasukan Kelantan FA walaupun nasib pemain ini bakal digantikan dengan pemain import lain iaitu Seydi Imam kerana Celin ada masalah fitness.
Gambar :TRW
Namun, FMLLP menyekat perpindahan Seydi Imam ke Kelantan kerana dokumen Kelantan tidak lengkap sekaligus memberi kesukaran buat Kelantan FA membentuk pasukan kesebelasan utama berbisa.
Tetapi KAFA dan exco akan berjumpa dengan Kevin Ramalinggam CEO FMLLP dalam masa terdekat untuk berunding mengenai perpindahan Seydi Imam ke Kelantan dan jika rundingan tersebut gagal maka, Alessandro kemungkinan terpaksa dikekalkan untuk mengelakkan Kelantan beraksi dengan tempang dengan kekurangan pemain import terutama di bahagian serangan.
Gambar :TRW
Kesimpulan : Nasib Pemain ini bergantung 100% samada Seydi Imam berjaya didaftarkan atau tidak. Adakah Celin perlu diberikan peluang?