RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 2 Jun 2017

Nelo Vingada Gugurkan 4 Pemain JDT Dari Skuad Kebangsaan

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada terpaksa mengugurkan 4 tonggak utama pertahanan harimau Selatan iaitu Aidil Zafuan, S.Kunalan, Azrif Nasrulhaq dan Fazly Mazlan Dikhabarkan kerana mengalami kecederaan selepas perlawanan menentang Ceres Negros tempoh hari.

“Ini tidak bagus untuk pemain, pasukan kebangsaan dan JDT kerana pemain-pemain perlu berehat beberapa hari. “

“Kalau seseorang pemain dilanda kecederaan dan tidak boleh diturunkan, kami akan membawa masuk pemain lain. “
“Saya tidak akan meratapinya atau tidak nyenyak tidur,” ujar jurulatih negara, Nelo Vingada.  
Beliau juga memberitahu bahawa ada kemungkinan lilitan kapten skuad kebangsaan akan diberikan kepada Safiq Rahim. Calon lain yang dilihat mampu menggalas peranan tersebut adalah Safee Sali dan Amri Yahyah.
Menurut Nelo lagi, mereka bertiga merupakan orang lama dalam pasukan serta mempunyai kekuatan karakter tersendiri ketika beraksi di atas padang. 
“Sudah tentu saya akan memilih pemain yang mempunyai karakter yang kuat dan menjadi orang perantaraan kepada saya di dalam padang.”
“Saya mempunyai tiga calon, iaitu Safiq Rahim, Safee dan Amri.”
Namun, 4 pemain pertahanan baharu bakal dipanggil oleh Vingada dibantu Tan Cheng Hoe dan 4 pemain pertahanan baharu dipilih bakal melaporkan diri menyertai latihan pusat skuad kebangsaan dalam persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Lubnan di Larkin pada 13 Jun ini.

4 Pemain pertahanan baharu bakal mengambil tempat adalah :


Faisal Rosli - Pahang FA
Afif Amirudin - Pahang FA
Nazrin Syamsul Bahari - PKNS FC
Nazirul Naim - Perak FA


Rujukan : FootballTribe