RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 2 Jun 2017

KAFA Mahu Berunding FAM Mengenai Potong 6 Mata dan Sekatan Daftar Seydi Imam Isnin Ini


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) belum menerima sebarang maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung bantahan hukuman penolakan mata yang dihantar menerusi peguam sebelum ini. 

Perkara itu disahkan Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor kepada BH Online sebentar tadi. Katanya, dokumen yang dihantar mengandungi beberapa perkara penting berbentuk pertanyaan berhubung sebab dan punca KAFA dihukum (penolakan mata) untuk dinilai sendiri oleh FAM. 

"Dokumen berkaitan yang dihantar ini juga mengandungi beberapa hujah KAFA yang ingin penjelasan lanjut berhubung hak dan undang-undang diguna pakai FAM 
serta pihak menghukum persatuan yang dianggap menyalahi peraturan pertandingan. 

"KAFA juga menghantar surat berbentuk pertanyaan berhubung tahap kesesuaian peraturan dan undang-undang (penolakan mata).

"Malah KAFA ingin FAM memberi penjelasan lanjut dalam menentukan pihak yang berkuasa menghukum persatuan bola sepak negeri, sama ada FAM atau Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP)," katanya. 

BH Online sebelum ini melaporkan, FAM bersedia menerima sebarang dokumen atau pun rayuan berkaitan hukuman pemotongan mata. 

KAFA juga berhak menyerahkan dokumen bantahan walaupun mengikut prosedur, ia sepatutnya menyerahkan dokumen bantahan kepada FMLLP yang diberikan tanggungjawab menguruskan Liga M. 

Mengulas lanjut langkah susulan KAFA selepas dokumen yang dihantar belum mendapat maklum balas FAM, Ismail mengesahkan 10 EXCO KAFA yang diketuai Pemangku Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah akan hadir ke Wisma FAM, Isnin ini. 

"Beberapa perkara utama mahu kami selesaikan dalam rundingan bersama FAM ini terutama berkaitan hukuman penolakan enam mata dan sekatan pendaftaran import baharu Seidi L Imam," katanya.

Sumber : BERITA HARIAN