RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 5 Jun 2017

Kelantan FA Sudah Pilih Stadium Untuk Berlatih Sebelah Malam

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) memilih Stadium Mini Ketereh sebagai tempat untuk menjalani latihan pada sebelah malam bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia, bermula awal bulan depan.

Ketua Jurulatih The Red Warriors, Zahasmi Ismail berkata, walaupun lokasi stadium ini jauh dari Kota Bharu namun itu sahaja pilihan yang ada bagi pasukannya untuk meneruskan latihan sepanjang Ramadan ini.

“Pengarah teknikal Kafa (Alfredo Gonzales) bersama pegawai media (Md Zuki Deraman) telah meninjau stadium itu malam tadi (kelmarin) dan saya diberitahu dia berpuas hati walaupun tahap pencahayaan lampu limpah tidak memuaskan.

“Mungkin dalam tempoh seminggu ini, pasukan akan berlatih di stadium ini diselang-seli dengan latihan kecergasan di gimnasium,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Akhbar ini melaporkan, persiapan skuad pantai timur itu terjejas setelah tidak mendapat kelulusan untuk berlatih di Stadium Sultan Muhammad IV kerana bertindih dengan program Madinah Ramadan anjuran kerajaan negeri.

Sementara itu, sumber terdekat persatuan itu memberitahu, Kafa telah menghantar surat kali kedua kepada Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) untuk memohon berlatih dan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di stadium tersebut.

Menurutnya, keputusan tidak membenarkan pasukan berlatih di stadium itu turut menyebabkan aksi persahabatan menentang Terengganu, di Kota Bharu, pada 21 Jun ini, kemungkinan terpaksa dibatalkan.

“Setakat ini belum ada maklum balas daripada PSK tetapi kita berharap ada sinar untuk pemain Kelantan kembali berlatih semula di situ. Buat sementara waktu, pasukan akan berlatih di Stadium Mini Ketereh,” katanya.

Sumber : SINAR HARIAN