RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!
Isnin, 5 Jun 2017
Afif Akui Terkejut Dipanggil Vingada Mewakili Skuad Kebangsaan dan Selanjutnya Komen Pemain
Afif Amiruddin -- yang di bawa masuk bagi menggantikan Aidil Zafuan Abdul Radzak -- mengakui terkejut masih diberi peluang untuk bersama skuad kebangsaan musim ini selepas namanya tiada dalam senarai 26 pemain awal dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pertahanan Pahang itu pernah dipanggil menjalani kem latihan, Mac lalu, bagi menghadapi Filipina dalam satu aksi persahabatan ketika di bawah kendalian bekas jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka khidmatnya masih diperlukan skuad Harimau Malaya, apatah lagi setelah diambil alih pengendali baru, Nelo Vingada.
"Saya berasa terkejut dapat panggilan daripada jurulatih baru skuad negara. Jadi, saya berasa bertuah kerana dipanggil," katanya.
Musim ini, Afif menyifatkan perjalanan kariernya bersama Pahang cukup baik, lantas menjadi sebab dia terpilih mewakili skuad kebangsaan.
Justeru, pemain berusia 33 tahun itu berjanji akan memberi saingan hebat kepada tiga lagi calon pertahanan tengah, Shahrom Kalam, Khairul Helmi Johari dan Shahrul Saad.
"Alhamdulilah, setakat ini Pahang menjadi finalis Piala FA dan berada di kedudukan kedua Liga Super.
"Sedikit-sebanyak ia membantu karier saya kerana sudah dua kali dipanggil mewakili skuad kebangsaan," tambahnya.
Sumber : STADIUM ASTRO