RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 21 Jun 2017

KB bandar paling sesak musim hari raya


Jutaan kenderaan berpusu-pusu menuju Pantai Timur setiap kali cuti musim perayaan. FOTO Gambar Fail

KOTA BHARU, Kelantan bakal menjadi bandar paling sesak menjelang hari raya kali ini dengan jangkaan jumlah peningkatan aliran trafik hingga lima kali ganda bermula hari ini.
Menurut laporan dikeluarkan aplikasi navigasi popular Waze, jumlah pemandu yang menuju ke Kota Baru dijangka meningkat sekitar 370 peratus bermula hari ini.
Bagi keesokan harinya pula jumlah pemandu menuju ke Kota Bharu dianggarkan meningkat sekitar 160 peratus.
Malah kadar laporan kemalangan di bandar raya terbabit dijangka meningkat sehingga 500 peratus menjelang Jumaat ini.
Selain Kota Bharu, Kuala Terengganu turut menerima kesan sama dengan jumlah aliran trafik meningkat sebanyak empat kali ganda diikuti
Lembah Kinta, Perak; Batu Pahat, Johor dan bandar Melaka.
Sementara itu di Kuala Lumpur, kesesakan lalu lintas dijangka berkurang esok dengan pengurangan kadar aliran sebanyak 90 peratus.
Laporan Waze ini dibuat berdasarkan data yang dikumpul semasa musim perayaan tahun lalu dan infografik terbabit dikeluarkan sebagai panduan orang ramai merancang perjalanan dengan lebih baik.
Pada masa sama orang ramai boleh menggunakan fungsi 'Planned Drives' pada aplikasi Waze bagi melihat waktu paling sesuai untuk memulakan perjalanan ke kampung halaman.

Sumber : METRO