RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 21 Jun 2017

5 Sebab Mengapa Teknologi VAR Masih Belum Digunakan Di Liga Malaysia


Related image
Penggunaan teknologi video bantuan pengadil atau video assistant referees (VAR) bakal digunakan dalam Liga Malaysia (Liga M) 2019 berikutan ia masih berada di peringkat kajian oleh IFAB (The International Football Association Board).

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd. Salleh berkata, Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berminat dengan penggunaan teknologi itu, bagaimanapun berharap agar kajian serta penelitian dapat dibuat bagi memperbaiki integriti dan prestasi pengadil dalam Liga M.


5 sebab mengapa teknologi VAR masih belum digunakan

1. VAR masih lagi dalam proses eksperimen sejak dari awal tahun 2017 dan semua negara anggota yang terlibat masih lagi dalam proses penyesuaian, di mana semua laporan berkaitan perlaksanaannya diserahkan kepada IFAB untuk diselaraskan penambahbaikannya pada masa hadapan.

2. Jawatankuasa juga mengkaji beberapa siri kelemahan VAR yang berlaku sepanjang eksperimen ini dilakukan seperti di Hyundai A-League Australia dan yang terkini di kejohanan Piala Dunia Bawah 20 2017.

3. VAR dijangka akan digunakan sepenuhnya dalam kejohanan Piala Dunia 2018. Segala keputusan berkaitan keberkesanan VAR dijangka hanya akan diperoleh selepas daripada kejohanan terbesar ini. Untuk itu, adalah sangat bersesuaian supaya hasil daripada laporan yang bakal disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal FIFA selepas daripada kejohanan ini dapat dijadikan panduan kepada semua negara anggota termasuk Malaysia untuk memutuskan keberkesanan VAR dalam saingan Liga-M.

4. Kesimpulannya, jawatankuasa berpendapat VAR masih lagi ‘projek yang separa matang’ dari sudut keberkesanannya dan tidak sesuai sama sekali untuk menjadikan Liga-M musim 2018 sebagai bahan kajian yang memungkinkan lebih banyak salah faham dalam pengurusan bola sepak negara.

5. Oleh itu adalah lebih wajar untuk FAM menunggu sehingga VAR benar-benar menepati keperluan dan dinyatakan secara jelas dalam “Laws of The Game 2018-2019”.


Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd