Gambar : Johor Southern Tigers
Bekas pemain Valencia yang juga merupakan abang kepada pemain Pahang, Kiko Insa iaitu Natxo Insa telah sah menyertai pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Sumber dari Sepanyol menyebut JDT membuat tawaran sebanyak 400k Euro (RM1. 9 juta) untuk dapatkan Natxo Insa daripada kelab Levante yang baru dinobatkan sebagai juara liga segunda dan bakal beraksi dalam La Liga musim depan.
Natxo Insa merupakan tonggak utama pasukan Levante UD dan membantu pasukan itu menjuarai liga Segunda. Ketiadaannya pasti amat dirasai oleh penyokong Levante UD yang masih berharap beliau berada bersama pasukan mereka.
Beliau yang bermain di posisi tengah dan juga membantu pasukan Levante layak untuk bermain di La Liga, memulakan karier bola sepak bersama Akademi Remaja Valencia. Beliau juga adalah pemain yang pernah bermain bersama Villarreal CF, Celta Vigo dan Real Zaragoza. Pastinya mempunyai pemain yang berpengalaman luas dan bermain di tahap yang tinggi ini sebagai pemain tempatan adalah satu kelebihan besar.
Gabungan tiga pemain Insa-Safiq-Harris dan beberapa pemain tengah kami yang lain akan menguatkan barisan tengah pasukan pada masa akan datang. Luaskan Kuasamu Johor.
RUJUKAN : JOHOR SOUTHERN TIGERS