RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 6 Jun 2017

FMLLP Sedia Pertimbang Hasrat Kafa Daftarkan Seydi Imam dan Kurangkan Hukuman Potong Mata

"JIKA semua perkara itu (dokumen) dijelaskan, tiada masalah untuk mendaftarkan pemain import terbabit."

Demikian pengesahan daripada Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) berhubung hasrat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk menggunakan khidmat pemain import, Seydi L Imam bagi memperkuat The Red Warriors (TRW) menghadapi baki saingan Liga Super.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam, Kafa hanya perlu mematuhi syarat dengan membentangkan beberapa dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan proses pendaftaran pasukan, selain perlu menjelaskan segala hutang yang sedang dihadapi pasukan terbabit.

Ini kerana katanya, sejak dahulu lagi pihaknya hanya memerlukan empat dokumen sahaja bagi pendaftaran pasukan.

"Buat apa yang sepatutnya perlu dibuat, lepas itu kita akan teliti dokumen yang akan mereka bentangkan bagi memastikan apa saja perkara berbangkit sudah diselesaikan atau belum.

"Sama ada lulus atau tidak, ianya akan dipertimbangkan sewaktu rayuan mereka didengar nanti di hadapan lembaga pengarah FMLLP nanti.  Tapi bagi saya, jika sudah dijelaskan ia tidak jadi masalah.

“Kita hanya mahukan pengesahan bahawa pembayaran mereka sentiasa dikemas kini. Itu adalah perkara paling penting bagi melengkapkan pendaftaran pasukan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Kafa, semalam.

“FMLLP sudah memberikan penjelasan berhubung apa yang perlu dibuat oleh KAFA dan KAFA sendiri bersetuju untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan sebelum tempoh perpindahan kedua pemain berakhir.
“Ia bergantung kepada keputusan Lembaga Pengarah FMLLP (mengurangkan hukuman), jika kami terima rayuan atau dokumen KAFA yang lengkap, kami boleh bawa perkara ini ke Lembaga Pengarah FMLLP, tapi kami tak boleh cakap dulu rayuan itu diterima atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil KAFA semalam.

Pertemuan itu diadakan bagi melerai perang antara badan pentadbir liga itu dengan Kafa yang tercetus selepas FMLLP enggan mendaftarkan Syedi memandangkan Kafa masih berdepan sekatan perpindahan susulan tidak melengkapkan pendaftaran pasukan sekali gus mengundang kemarahan Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menyifatkan tindakan yang diambil FMLLP itu tidak adil dan sengaja mahu meranapkan pasukan itu.

Mengulas lanjut, Kevin menafikan pihaknya cuba menggagalkan usaha Kelantan untuk membawa masuk seorang lagi pemain import.

Katanya, Kafa tidak dibenarkan membawa masuk Syedi bagi menggantikan Alessandro  Celin yang kurang cergas ketika ini kerana mereka masih gagal melengkapkan proses pendaftaran Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

"Kita tidak pernah mengungkit atau membangkitkan apa-apa isu individu berkaitan pembayaran. Dan kita tidak pernah membuat kenyataan dengan gaji sahaja atau apa-apa hutang setiap pasukan.

"Apa pun, Kafa pun sudah bersetuju untuk menekankan isu tunggakan dan akan menyerahkan segalanya dokumentasi dalam tempoh terdekat ini

"Jadi, saya harap semuanya telah jelas dan ia tidak akan terjadi lagi," jelasnya.

Sumber : SINAR HARIAN